Salam ukhwah buat semua... setelah semua maklumat telah diupdate.. terima kasih kepada Puan Rubaidah Binti Ismail sebab bg peluang kami untuk buat blog niey... guna kan kemudahan elektronik untuk share ilmu.. sayang puan.. meh berkenalan dengan kami...
ini adalah kami yang sebenar nya... selamat berkenalan... dan.. selamat menjadi follower di blog kami...

 Diperkenalkan kepada anda... 

Dayang Nor Haffizah Binti Mohd Zaini
dari kelas PPISMP 2.08
di.. IPG Kampus Pendidikan Islam..
berasal dari Grik, Perak..




hah.. ini sorang lagi...

Nurul Amira Syuhada Binti Suhaimi
dari PPISMP 2.08
di.. IPG Kampus Pendidikan Islam..
berasal dari Pulau Pinang..


dah berkenalan dengan kami... so.. lepas niey.. kalu nak belajar math ke ap ker.. try je tnye kami d blog nie.. insyaAllah kami sudi share ilmu... selamat berkenalan... sekian..

Assalamualaikum... buat sahabat2.. hari2 update.. hari nie kita beljar tentang MENJALANKAN EKSPERIMEN pulak yer... siap2kan minda anda.. hati ikhlas belajar kerana Allah.. buku catatan sebagai rujukan.. dah siap semua...??? ok.. meh kita start sekarang...

erti/ maksud/ makna MENJALANKAN EKSPERIMEN ialah.....







amacam panjang x penerangan.. ha.. itu baru istilah untuk maksud dye.. belum ag jalan kiranya.. meh sini kami cerita jalan kira nya pulak.. sediakan mata untuk membaca ya....



Langkah 1


Memahami Masalah
Antara maklumat yang terdapat soalan ialah :
Menyusun segi empat
Kebarangkalian untuk membina segi tiga
Segi empat yang telah dipecahkan hendaklah disusun dengan rapat supaya dapat membina kebarangkalian berapa banyak segi tiga yang dapat dibina melalui segi-segi empat tersebut.

Langkah 2


Merancang Rancangan
Tekaan bilangan segi tiga yang berlainan kedudukannya yang mungkin dapat dibina dari pecahan-pecahan segi empat ialah sebanyak sepuluh kali.
Tekaan yang dibuat munasabah dengan bilangan pecahan-pecahan segi empat yang terdapat dalam gambar rajah.



Langkah 3


Binaan segi tiga yang telah kami telah cuba susunkan.



analisis yang kami buat berdasarkan strategi penyelesaian masalah niey ialah....

Bilangan segi tiga yang telah saya buat ialah sebanyak sepuluh buah segi tiga. Segi tiga yang telah saya bina sama dengan bilangan tekaan yang saya buat. 
Oleh itu, tekaan yang telah buat sama dengan bilangan segi tiga yang telah bina.  Sebagai konklusinya, tekaan saya dengan bilangan segi tiga yang telah buat sama dan munasabah untuk menjawab soalan ini.




assalamualaikum buat sahabat2 semua... sebelum niey.. kita dah baca post tentang strategi penyelesaian masalah berkaitan dengan penggunaan gambar rajah dan teka & uji... ha.. hari niey.. kita belajar tajuk baru pulak.. Masih dalam tajuk yang sama iaitu strategi penyelesaian masalah tetapi subtopic tentang membina model dan menjalankan eksperimen... ehm.. meh sini kami nak cerita panjang tentang tajuk2 niey.. 
istilah membina model nie maksud saintifik dia ialah..  



ha... nie maksud dia... panjang x..?? sekali sekala baca panjang2... seperti biasa.. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian nyer kan... kat sini kami nak tunjuk cara penyelesaian maslaah untuk tajuk mebina model niey... fokus taw... 
 eh3.. mana soalan nya... kejap yer..


soalan



ha.. nie soalan... jalan/ way/ steps untuk menyelesaikan masalah kat atas nie...



Langkah 1
  • Memahami masalah

Antara maklumat yang terdapat soalan ialah :
  • ·         Susunan segi empat
  • ·         Bina  susunan segi tiga

Segi empat yang telah dipecahkan hendaklah disusun dengan rapat supaya dapat membina segi tiga yang saling bersentuhan antara satu sama lain.

Langkah 2

  • Membuat rancangan

Strategi yang telah disenaraikan untuk menyelesaikan masalah tersebut :
  • ·         Membina model.


Untuk selesaikan masalah nie...kami telah menyelesaikan soalan ini dengan membina model sendiri dan melukisnya.

Langkah 3

  • Melaksanakan rancangan.

 Berikut adalah susunan dan model yang telah kami bina serta lukis.





amacam.. pandai tak kami lukis..?? hahaha... edit semata2... xpe lah.. setakat niey pembelajaran kita.. t banyak2 sakit kepala pulak... jgan tension2.. pelan2 beljar.. insyaAllah.. akan pham nanti... jumpa lagi di update yang akan datang..

MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH

STRATEGI 2


LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN


Maklumat yang diberi ialah:
                     Amy dan Judy menjual 12 keping 
                    Amy menjual 2 keping tiket lebih 
                    daripada Judy. 
                    Berapa keping tiket yang Amy jual?


LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN


Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
melukis rajah.


LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN


 Bahagikan 12 keping kertas ( kertas dianggap sebagai tiket) ke dalam
 dua kotak yang ditanda Amy dan Judy untuk mencari jumlah tiket yang
 dijual sekiranya mereka menjual jumlah tiket yang sama.

AMY                              

JUDY                      
                 
 Kemudian, alihkan sekeping tiket dari kotak Judy ke dalam kotak Amy.                                                                                                                                


 JUDY              


 AMY                                 




*Rajah menunjukkan bilangan tiket yang dijual Amy lebih 2 keping daripada Judy. Jadi, Amy menjual           7 keping tiket dan Judy menjual 5 keping tiket untuk     persembahan tersebut.


LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA


                        Amy = 7 keping
                        Judy = 5 keping
                        Jumlah tiket = 12 keping
                        Perbezaan jualan tiket = 2 keping



















:: StRaTeGi PeNyeLeSaiAN mAsALah::


Contoh Soalan  CARA PENYELESAIAN MASALAH

i)             TEKA DAN UJI

Amy dan Judy menjual 12 keping tiket suatu persembahan bersama. Jika Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiketkah yang Amy jual?

STRATEGI 1

LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN

 Maklumat yang diberi ialah:

Amy dan Judy menjual 12 keping tiket. Amy menjual 2 keping tiket lebih  daripada Judy.  Berapa keping tiket yang Amy jual?

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN

Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi operasi matematik.

LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN

                        x = Judy
  x + 2 = Amy

  12 = x + ( x + 2 )
       = 2x + 2
   10 = 2x
   x = 5

                         Judy x = 5
                         Amy = x + 2
          = 5 + 2
          = 7

LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA

                        12 – 7 = 5
                        7 – 5 = 2


  Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.


          


  Assalamualaikum... julung-julung kalinya sepanjang saya menuntut di IPG KPI pensyarah saya Puan Rubaidah Binti Ismail telah membenarkan para pelajar nya membuat kerja kursus atau projek mata pelajaran Matematik Asas dalam bentuk media elektronik salah satunya ialah blog... 

           Oleh itu, saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk membina blogspot ini hanya bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang telah kami belajar sepanjang berada di IPG.. 


           Antara perkara pertama yang akan kami kemukakan dalam blog ini ialah... JENG333.... Matematik Asas kod mata pelajaran MT2311D1... Mata pelajaran ini merupakan subjek kegemaran saya dari bangku sekolah lagi... 



          Dalam tajuk ini.. kita akan sama-sama lihat dan pelajari tentang beberapa jenis penggunaan Model atau Tokoh Matematik yang telah diguna pakai dalam kaedah penyelesaian masalah Matematik...

           Tanpa membuang tenaga untuk menaip perkara yang tiada faedahnya.. mari kita lanjutkan sesi pembelajaran kita dengan Perkenalan Matematik...